Thursday, September 17, 2009

DUNIA BARU.

Salam...


Berjumpa lagi dalam ruang maya nie.. Banyak yang aku redah sepanjang date post aku sampai yang sekarang nie. Salah satu nya ialah aku involve dgn dunia baru. Baru sgt aku rasa. first time in my life that i'm getting involve with other kaum yang ujud kat malaysia nie. and the dugaan is bapak besar.


Tempat yang keje aku skang nie byk beza ngan keje aku sebelum nie. SEJUK. Kalo dulu, harap kena nyorok dalam walk-in chiller la.. seingat aku, last ketua aku bukan malay is when i'm in darjah 3. but now, after bels tahun, aku dapat ketua yang macam dulu gak. (Thanks Mr Prakash!)

Keje aku menuntut aku supaya apa yang aku belajar and apa yang aku penah redah dulu aku dapat sampaikan kat student2 aku (Konon). Aku selesa keje skang nie even aku tak tau yang diorang selesa ke tak dapat orang yang ajar diorang tu macam ni (ada aku kisah? hahaha). Aku suka. Dengan keadaan kekawan sekeliling yang agak byk tlg aku, terima kasih kepada kalian.

Satu hari tue aku didatangi oleh seorang pelajar aku. Dah nak balik2 time tue. Dia kata ada hal urgent nak report kat aku. Aku pun layankan lah sebab aku dibayar untul melayan semua nie.. Aku ingatkan sebab apa lah, rupa nya member group dia tak amek port psal assigment yang aku bagi kat diorang... (ceh!! kaki report!!) Terus aku teringat time aku jadi macam diorang.. Zaman aku dulu mmg 'palang' la geng2 report nie.. Paling kuat pun kalo member ko tak amek port, pow duit print sudeh!!( for sure triple charge punya..) Tapi memandangkan aku kena jaga kriteria aku sebagai cikgu diorang, aku kenalah nasihatkan diorang (mmg wa rasa mcm plastik gila time nie). And nasib baik diorang pun setuju ngan plan aku... Abis satu kes..

Itu hal kelas practical, ni plak kelas teori... Aku pelik gak kdg2 kenapa bebudak suka sgt main geng2.. "Diorang geng scorer, sir... Kitorang under dog..". tu lah ayat penyata yang aku dapat dari ketua kumpulan yang agak malas pada pandangan aku yang malas nie.(baru aku tau..) and not fair for me to treat them like wat they said.. aku kena jadi adil.. so aku bagi la final projek diorang.. yang malas bertambah malas(hopefully diorang rajin lepas ni), yang scorer bertambah tinggi score dia di mata aku(sebab diorang rajin).

Aku cuti seminggu, so byk gak la masa aku spend kat KL nie. bleh la gak jenguk kwn2 ada lagi kat sini(KOYAK AKU). Mak aku pun dah takleh nak bising sgt coz aku lama tak balik KL, but make sure aku kena buat2 tido kalo dia intai aku kat bilik. (Sori ma.hehehe.)

Back to the topic.... tadi aku baru je lepas jumpa member keje kat pavilion (mr bern, thanks for the meal). lama gak la borak n sembang petang. pastu aku pun kayuh gi central market. (port time skolah dolu). tak banyak yang berubah. stil got people busking, ada gak stall jual kopok lekor, org kutip tin, but no more m'cd kat CM tue.. tu yang agak sunyi skit. after 10 years, i'm still sitting at the same tembok and the same tree... 10 tahun dulu aku lepak kat sini sambil tgk orang lalu lalang. Beg skolah, duit syiling, rokok batang. tu la keperluan aku bila lepak kat CM nie. Aku berangan nak ada keje best, pakai smart, ada handphone Motorola GSM (time tu la..). Skang aku duduk kat tempat sama, tgk benda yang sama, cuma status aku je yang lain. AKU DAH ADA KEJE MCM YG AKU ANGAN DULU. Tapi perasaan aku still mcm dulu.

KOSONG....

Aku terus jalan lagi lepas abis minum air kelapa (brader, air lu kurang kelapa la, ice je lebey). Baru je setapak dua, ada satu kutu nie mintak RM10 kat aku. Dia kata dia nak balik ipoh, wallet dia cicir. Harapan la aku nak bagi.. aku bagi dia rokok sebatang tu dah kira besar rahmat la tu. KL, semua ada. Dari sebaik2 org, sampai se 'nakal2' umat. Semua ada. Aku pun sambung jalan sampai PS (petaling street).

Kat PS plak aku ingat nak jln2 jer, tapi ntah mcm mana plak aku bleh tersedut air mata kucing.. Pergh... heaven... kat depan aku tadi ada satu couple arab, kena 'ketuk' ngan tokeh tue. aku angkat barang yang sama ngan couple tue, tapi diorang bayar double dari nilai yang aku bayar. (support local scene. hahaha)

Tgh aku celah2 deretan manusia tue, aku terpijak selipar satu minah ni. Dia punya melenting, tuhan je la yang tau. Bukan aku sengaja pun. dah nama ter... akur jer la yang dah ditakdirkan selipar dia nyaris2 putus sbb kena pijak ngan makhluk seberat 100kg(plus mines. hahaha). aku mintak maap and sumbat ear phone. settle.

byk gak aku citer kali nie.. so better me save a little for next time...

ilalliqa'...

P/S: Sam, aku tulis blog ni bukan sbb syok sendiri, tapi sbb aku tak reti nak tulis kat diary. tulisan wa burok. hahahaha. thanks bro..

Sunday, August 9, 2009

koyak!!!!

salam awal kalam... aku baru je lepas baca satu blog junior aku time study dulu.. byk gak benda yang aku bleh pikir pasal life ni after read that blog.. so aku harap bnda yang sama jadi kat manusia2 yang dah baca blog aku. (Dream on...)

esok antara hari2 yang ada sejarah yang aku bleh ingat.. aku cuba pikir luar kotak untuk dapatkan apa yang aku nak esok.. cukup besar ke kotak yang aku nak pikir tue? esok punya citer....

lately ni byk benda yang best jadi kat aku.. alhamdulillah, gud thing grow.. ada 3 company call aku ajak keje ngan diorang, gather ngan kwn2 lama, and most things aku dah bleh senyum skit..(compare 2 bula yang lepas, byk line2 kat dahi aku..)

mata aku rabak, effect dari jumlah jam yang aku tido malam tadi.. so dalam tido tu aku ada mimpi jumpa sm1 yang paling aku sayang.. abah. the meeting so silent. bersua tanpa bicara.. mmg aku stim sgt nak dgr suara dia.. gua laki, gua nangis bila pk pasal abah. lumrah manusi, tgh ada jarang nak amik port, dah takder baru nak emo... damn..

sume org tak nak berpisah. "suffer sgt", "gua tak leh lupa dowh..", "saya hanya bleh lupakan awak jika saya mati atau gila sahaja..". sume ayat2 tu kita selalu dengar.. paling tak pun dalam tv. mmg takder org yang suka ngan perpisahan.. (tapi kat sekolah aku dulu siap ada makan2 lagi.. JAMUAN PERPISAHAN!! YEAH!!)

jangan di salahkan perpisahan.. semua bnda kat dunia ni ada pasangan nya.. and that is a couple for pertemuan...

semoga kita tergolong dalam golongan org yang selalu pikir..
salam...

Monday, August 3, 2009

Pertandingan....

salam...
hadir lagi dalam site ni untuk tumpah kan benda2 yang bertakung kat dalam kepala, hati dan jiwa nie.. PERGH!!!

Aku skang nie bergelar penganggur sepenuh masa.. baru 2 hari aku berenti keje, dah rasa sengal2 taik sbb tak tau nak wat per...
lupa plak aku yang aku kena tumpukan ngan aku punya compertition next week..
makin aku tumpu, makin aku buntu.. (alasan nak balik awal time training tadi..)

Aku kena gerak skang.. bos besar ajak balik.
CHIT!!!
sambung nanti...

Wednesday, July 29, 2009

Mencuba...

assalamualaikum WBT.
dah lama aku tak menulis. rasa mcm mcm benda yang nak cite dalam site nie sepanjang aku tak menulis. tapi bila dah start nak tulis, smua hilang... lumrah, bila taknak, selalu nak. bila dah dpt peluang, malas nak guna.. damn..

Sepanjang aku tak 'ujud' kat sinie, aku selalu tgk org keliling aku. ada yang hipokrit, and tak kurang jugak yang jujur. jujur sampai kena maki. tu la balasan atas org yang jujur time skang nie.

Jodoh. itu la word yang aku slalu teringat bila aku ada chance nak pikir. nak nak plak untie aku akan tamatkan zaman janda dia esok lusa. kawan2 plak ada yang baru putus jodoh. ada yang sambung, ada yang putus. Lumrah...

Duit. benda yang hari2 kita pakai n kita cari.. ada satu malam tue aku dapat sembang ngan mama aku. mostly cite pasal future n career. temasuklah pasal duit. mama aku ada kata pasal 'berkat'. aku sendiri tak tau yang duit yang aku dapat keje nie berkat ke tak.. coz aku rasa mcm banyak benda yang bagi tak sama macam benda yang diorang bayar.. n aku yang produce benda tue... argh, itu bukan hal aku. aku workers, bos aku yang wat semua tue. (prof tempat aku blajat dulu ada kata "manusia akan cari mcm2 alasan untuk membenarkan apa yang dia buat"... termasuk lah aku kali nie.. huhuhuhu)

Perasaan. benda tu yang selalu berkecamuk, serabut, bersepah dalam kepala, dalam dada. sayang, rindu, kasih. semua tu adalah contoh2 perasaan. kalo korang tak pernah ada rasa yang mcm tue, better gi jumpa pakar. maybe diorang bleh rendam skit jiwa korang yang kering tue. people selalu cakap 'u mmg tak pandai nak menghargai perasaan org'. diorang selalu lupa yang negative part pun still perasaan. benci, meluat, menyampah pun perasaan. so hargai lah semua tue...

pagi2 time drive gi keje, aku slalu la gak tgr topic2 yang diorang bukak utk public. ada yang best, ada gak yang buat aku rasa mcm nak bersambung je kening ni... suddenly aku terpikir, kenapa diorang nak bukak citer yang kdg2 hal2 'kelambu' masing2 kat public. sharing is caring kut... ke mmg jenis org malaysia nie mmg bz body... lu pkir la sendri...
k, untill next episode. katil panggil... semoga kita tergolong dalam golongan yang best kat 'sini' n kat 'sana'.
assalamualaikum....

Tuesday, June 23, 2009

teh Tarik + air kosong + jalan jammed

Malam semalam aku ngan partner in crime aku gagahkan diri untuk jumpa kawan2 lama kat subang. (tak der la lama sgt, ptg tu aku dah jmpa dia).

So bercerita lah kami seperti ada nya.. Salam tangan, order air (aku tak makan di atas nasihat kementerian kewangan). Partner aku 'tutuh' nasi dengan gaya yang dia suka. Ada pun 'main-course' utk malam tu ada lah cerita hal2 tanah pusaka, faraid dan last skali mamak cashier yang friendly tapi kepak bau puaka. (sori mamak, wa tgh blaja jadi jujur dalam even kejam)

Back to the topic. Harta semua tak kekal. Esok lusa, habis. Cepat ngan lambat jer. Tgh aku drive time balik keje di suatu petang yang terik , 'burung' aku (wa sarung keta kenari jer. lu org jgn mcm2) kena cantas ngan BMW. Dengan spek itam frame putih, mamat tu jeling aku.

Dalam hati aku pikir sure mamat ni sakit prut+sakit gigi. (abah aku pesan kena husnu zhon= sangka baik)ketat gila muka. Kejap je dia laju... pastu jalam jamed. Aku pun overtake (term nak best sebab wa yang bikin kejadian) dia sbb 'burung' aku kecik. (bunyi macam hina diri je. cit!)

Pastu aku pikir lagi. Kalo aku yang naik keta tu, sure ke aku tak wat benda yang sama. Potong keta orang yang tak se'kapal' ngan aku, jeling2, buat muka kerek, pakai spek itam frame putih (yang ni aku takkan buat. sbb aku penah open kat member2 "tumbuk rusuk wa kalo pakai spek mcm tu").

Tuhan duga kita ngan benda best and benda tak best. Time 'dia' bagi benda best, kita ingat ke tak ngan 'dia'. kalo dpt benda tak best, kita complain ke tak ngan 'dia'.... (dua dua aku pernah dpt)

so as a conclusion:

kita pernah 'sombong' tak ngan 'dia'?

hari2 cukup tak 'hadap' 'dia'?

tebal mana 'tapau' kita?

'tebal' kulit bawang or 'nipis' kulit durian?

bersambung... (kalo wa rajin nak 'mencarut' lagi..)

p/s: time mamat tue cantas aku, aku tgh layan msg ngan 'dear'.. (nasib baik dia tak 'finger' wa)

Monday, June 22, 2009

al-fatihah..

salam takziah buat bos aku coz partner dia (uncle shahril) meninggal malam smalam. semoga Allah letak kan dia ngan org2 yang best. (sebab dia arwah mmg best selama yang aku kenal).

amin...

Intro.

Salam.. aku terpanggil untul wat benda ni diatas rasa sepi, sunyi, berontak!!